Eumhun (bunyi dan erti) Hanja

Untuk membantu pemahaman erti sesuatu aksara, atau menghuraikannya secara lisan untuk membezakannya daripada aksara-aksara lain yang sama sebutannya, kamus-kamus aksara dan buku-buku teks sekolah menyebutkan setiap aksara dengan gabungan bunyinya dan satu perkataan yang menyatakan ertinya. Bacaan berganda erti-bunyi aksara ini dipanggil eumhun (음훈;音訓; daripada音 "bunyi" +訓 "erti," "ajaran").

Contohnya, aksara愛 dinyatakan dalam kamus aksara sebagai sarang ae (사랑 애), iaitu sarang ialah perkataan Korea asli untuk "cinta" (erti aksara ini) dan ae pula sebutannya. Begitu juga, aksara人 dinyatakan sebagai saram in (사람 인), iaut "saram" bererti "orang" dan "in" pula sebutannya. Apabila dua aksara contoh ini digabungkan untuk membentuk kata愛人, maka sebutannya ialah aein (애인) yang bermaksud "orang yang dikasihi" ("cinta" + "orang").

Perkataan-perkataan yang digunakan untuk menandakan erti selalunya berasal daripada bahasa Korea (iaitu bukan Cina), dan kadang-kadang merupakan perkataan lama yang tidak digunakan dengan kerap lagi. Contohnya, aksara 山 dinyatakan sebagai me san atau moe san (메산, disebut "meh sahn"; atau 뫼산, disebut "moeh sahn"), yang mana me atau moe ialah perkataan lama untuk "gunung" yang hampir diganti sepenuhnya oleh perkataan san yang berasal daripada bahasa Cina.